JOMMMM LAYAN IKLAN...

SILA TINGGAL JEJAK ANDA UNTUK KEMBALI DIJEJAK...ehehhe...selamat berkenalan...

Tuesday, February 8, 2011

Siapa kiter untuk menjatuhkan HUKUM??? sdgkan HUKUM itu milik-Nya

Kenapa terlalu cepat menjatuhkan hukum sesama manusia? sedangkan hukum itu milik Allah S.W.T...apa hak kiter utk gah berkata seseorang itu jahil, megah menunding jari halal haram makanan yg disuakan ke mulut anak-anak dan isteri sedangkan didatangkan dengan rezeki halal? Berdiam diri utk menjaga hati sesama insan tanpa mengutarakan dalil-dalil dikatakan kiter jahil sedangkan diri ini sentiasa mengingatkan agar tidak dikatakan berlagak pandai. Bila teguran kita tidak diterima kita menuduh yg ditegur melatah, sewenangnya meletakkan hukum jahil...sedangkan cara yg kiter gunakan salah. Dan bila tiba masanya cara kita ditegur, kita kembali menghentam. sepatutnya kiter duduk muasabah diri dimana celanya...bukan org menidakkan apa yg ditegur, cuma caranya yang tidak betul. Mencari pahala dengan menegur tapi apa guna jika dosa juga dikaut sama? apa hukumnya membuat org terasa hati? apa hukumnya mengatakan seseorang itu jahil? apa hukumnya menuduh org memberi anak bini makan makanan haram? setiap perbuatan disertakan niat dan dimulakan dengan tertibnya. Begitu jugak kalo nak menegur org...bknnya dengan cara memaksa dan menggunakan cara yg kasar yg boleh menyebabkan org terasa hati dan bukannya dengan merendah-rendahkan martabat org...membuka aib org...sedangkan ulamak belum terjamin syurganya inikan pula kita. jgn jadikan ukuran sesama manusia dengan hanya kerana kita hari-hari membilang tangga masjid. Bersyukurlah yang kiter diberi kesempatan masa dan kudrat utk melakukannya dan jgn mencela mereka yg tidak berkesempatan seperti kita. Kita tak tau sampai bila kita diberi pinjam dan bila-bila masa nikmat tu akan ditarik balik. Jgn terlalu gah mencanangkan kepada dunia kebahagiaan kiter hari ni sedangkan perjalanan kita masih jauh dan kita tak tau apa yg bakal terjadi dimasa hadapan. Nauzubillah....

Bagi sesetengah orang, sahabat boleh ditukar ganti, tapi pada aku...bersahabat sampai mati. Memutuskan silaturahim adalah perkara terakhir yg akan aku lakukan selagi maaf masih bersisa. Syurga isteri dengan keredhaan suaminya...tapi yg salah tetap salah. Isteri berhak membetulkan sekiranya si suami tersilap...begitu jugak sebaliknya, adalah tanggungjawab suami utk membetulkan isterinya sekiranya si isteri melakukan kesilapan. Sebaik mana pun suami kiter, dia takkan mampu menongkat langit utk sentiasa melindungi kiter. Kiter masih perlukan org disekeliling kiter...ibu bapa kiter...adik beradik kiter...dan SAHABAT kiter.

Ada satu cerita yg ingin dikongsikan bersama, cerita ni diambil dari sebuah blog INI semoga dapat memberi pengajaran kepada kiter dalam mengharungi hari-hari mendatang. InsyaAllah, bkn diri ini berniat berlagak pandai tp cuma mahu membela diri bila dilabelkan jahil bila kita ambil keputusan mendiamkan diri bagi menjaga hati semua pihak.

Dikisahkan berkenaan dengan dua adik beradik yang merupakan cucunda Rasulullah S.A.W , Hasan dan Husain melihat seorang tua yang sedang berwuduk dengan cara yang salah.

Kedua-dua cucunda Rasulullah S.A.W itu memerhatikan kesilapan berwuduk yang di lakukan oleh orang tua tersebut.Mereka ingin menegur,tetapi bimbang teguran yang dilakukan akan melahirkan perasaan malu pada diri orang tua tersebut.Mereka bimbang jika teguran tersebut memungkinkan orang tua tersebut tidak akan hadir lagi untuk menunaikan solat berjemaah di masjid.



Mereka berdua pun berpakat,bahawa salah seorang berwuduk dan salah seorang lagi memerhatikan wuduk tersebut,seraya membetulkan kesilapan berwuduk yang sengaja dibuat-buat oleh mereka di hadapan orang tua tersebut.

 
"Wahai Abangku,apakah wuduk saya ini betul?"bertanya Husainkepada Hasan ketika beliau membasuhkan kedua tangannya.


"Itu salah,cara yang betul adalah begini,"Hasan membalas,sambil menunjukkan cara berwuduk yang betul kepada adiknya,Husain.
 Tindakan kedua-dua adik beradik itu diperhatikan oleh orang tua tersebut.Makanya,sedarlah orang tua tersebut bahawa wuduknya salah berdasarkan kepadacara wuduk yang diajar Hasan kepada adiknya,Husain.
 Inilah cara teguran yang berhikmah yang ditunjukkan oleh cucuanda Rasulullah S.A.W.Kita seharusnya sedar bahawa menegur kesilapan seseorang bukan suatu kerja yang mudah.Tersilap cara padah yang mendatang.Dalam menyeru manusia daripada meninggalkan kesilapan yang dilakukan,ia perlu dilakukan dengan teguran yang berhikmah.


Fikir-fikirkan dan selamat beramal
 
Nota kaki : InsyaAllah lebih 10 tahun bergelar isteri kepada ZURAIMI ZAHARI, beliau adalah pengemudi yg sentiasa mengingatkan Permaisuri dan Putri-Putrinya tentang halal haram dan tanggungjawab pada-Nya. Dan beliau juga Pengemudi yg sentiasa bersedia menerima utk diperbetulkan sekiranya tersalah arah. Alhamdulillah...


No comments:

U FOLLOW ME...Aii FOLLOW U...U KLIK ME...THANK's TO U...hehehehe...jemput datang lagi...

TENGOK APER YG ADER

pernah cek rank blog korang tak??? hehehe...try!

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service