JOMMMM LAYAN IKLAN...

SILA TINGGAL JEJAK ANDA UNTUK KEMBALI DIJEJAK...ehehhe...selamat berkenalan...

Thursday, November 17, 2011

Menangi Hadiah Penginapan Percuma dan Wang Tunai dalam Peraduan Tulis dan Menang di mawarmerah2008.com

Disebabkan diantara syarat-syarat penting pertandingan ini adalah dengan penggunaan BAHASA KEBANGSAAN sepenuhnya sempena Bulan Bahasa Kebangsaan dan dilarang sebarang penggunaan singkataan ejaan, maka kepada pembaca tegar blog ini sila jangan ketawa tergolek-golek dengan pengolahan bahasa saya untuk hanya sekali ini sahaja. (Dengan muka paling serius namun dihati siapa tahu ada taman bunga yang sedang berkembang mekar)

Kenapa saya agak tertarik untuk menyertai pertandingan ini sedangkan selama ini saya cuma memandang bisu sahaja kepada pertandingan-pertandingan lain? Sebahagian besar yang memberi pengaruh besar untuk saya menyertainya adalah kerana Kriteria Pemilihan Pemenang. Selama ini agak seram untuk saya menyertai mana-mana pertandingan kerana permintaan utk melengkapkan syarat pertandingan agak merumitkan pada saya yang agak buta IT dan tidak mesra peserta. Seperti memaksa peserta yang telah berkarat otaknya seperti saya ini untuk memikirkan slogan-slogan canggih dan melengkapkan suku kata yang agak mencabar minda dan mental.

Kriteria Pemilihan Pemenang:-
1. Pemenang memenuhi syarat peraduan.
2. Ditentukan menerusi Random.Org. tanpa mengira sama ada jawapan yang diberikan betul atau salah.

3. 1 hadiah misteri



Syarat Pertandingan:-

1) Semua blogger yang beralamat di Malaysia (senang nak pos hadiah) (sudah ~ mmg rakyat malaysia...)
2) Tulis 1 entri tentang peraduan ini dan link ke entri ini. ( sudah ~ Ni entrynyer...)
3) Tinggalkan komen di entri ini dengan meletakkan url blog anda yang mengandungi entri penyertaan tersebut. (sudah)
4) Dalam entri tersebut jawab soalan mudah di bawah:-

a) Menangi hadiah dalam Peraduan Tulis, Teka dan Menang di blog Kak Long Mawar Merah di adakan sempena Ulang Tahun Perkahwinan Kak Long yang ke ____________ pada _________ dan Ulang Tahun ke- ________ mawarmerah2008.com beroperasi di domain dan hosting berbayar.
Jawapan :
(1) Ulang Tahun Perkahwinan Kak Long yang ke-4
(2) Ulang Tahun ke-2 mawarmerah2008.com


b) Tuliskan komen yang membina tentang blog mawarmerah2008.com ini dengan memasukkan perkara di bawah:
1) Perkara yang patut dikekalkan di mawarmerah2008.com
2) Perkara yang patut dibaiki di mawarmerah2008.com
Jawapan :
Perkara yang paling saya suka di blog mawarmerah2008.com adalah bukaan paparan blog yang cepat dan pantas. Tidak seperti sesetengah blog yang saya lawati berat dan terpaksa memakan masa yang lama untuk dipaparkan. Perkara tersebut akan menyebabkan saya hilang minat untuk terus mengikuti perkembangan blog itu dari semasa ke semasa walaupun dari segi penulisan dan info tuan empunya blog menarik hati saya untuk terus membaca kesemuanya, latar belakang blog yg cantik, pelbagai gadget yang cangih-cangih dan sebagainya. Keseluruhannya, Blog mawarmerah2008.com ringkas dan padat.

1) Perkara yg patut dikekalkan di mawarmerah2008.com
***Gaya penulisan yang bersahaja tapi padat.
***Motto HIDUP SEMENTARA BIAR BERJASA
***Kadar kelajuan bukaan paparan blog
***Ketidakpadatan blog dengan gadget-gadget yang kurang berguna atau tak berguna langsung yang mana boleh mengganggu kelajuan blog seperti sekarang.

2) Perkara yang patut di baiki di mawarmerah2008.com
***Diharap empunya blog dapat mengadakan shoutbox bagi memudahkan pengunjung blog yang datang meninggalkan jejak kerana kadang-kadang untuk meninggalkan komen di ruangan komen mengambil sedikit masa apatah lagi bila terdapat sekatan untuk anonymous atau pengesahan dan sebagainya.
***Cuba buat penambahan latarbelakang yang bergambar, mungkin menjadikan blog ini lebih menarik perhatian pengunjung.
***Side Header  dan tulisan agak terlalu formal, sekali imbas pengunjung akan fikir blog ini hanya mengandungi info-info atau fakta dan iklan sahaja dan tidak berminat untuk tekan catatan yang sebelumnya.
***Mungkin dengan sedikit penambahan gadget yang betul-betul diperlukan blog ini akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.

5) Setiap entri mestilah ditulis menggunakan Bahasa Kebangsaan yang baik dan tidak menggunakan ejaan singkatan (sempena Bulan Bahasa kebangsaan tu…)
6) Tarikh akhir penyertaan ialah pada tarikh 20 November 2011 (20/11/2011), tepat jam 11.11 malam.

SELESAI DISINI
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Anggap jer ni page lain yer Pn Owner Contest...hehehehe..contest tu dah berakhir stakat titik terakhir kat atas...aduiya...susoh jugok ghupernyer nk mengolah bahasa resmi kiter bg yg otak yg dah berkarat macam aku ni...keh keh keh...asik senyum sengeh sesorang jer masa taip...kang kalo tak ikut syarat, peluang menang tipis...mauahahha...ada hati!!!! ada laaa wei...penginapan free tu...hihihihihi...ada hati lg!!! tak hagak2 wei nk menang first prize....kah kah kah..pepehal pun rasa macam baru lepas jawab soklan karangan Bahasa Melayu jer...aduiya...lega!

Wait n See for the result...amin...amin...amin...mintak2 Mr Random tu pilih aku! keh keh keh...tak hagak2 ko yerp Big Mama...ngeh ngeh ngeh

No comments:

U FOLLOW ME...Aii FOLLOW U...U KLIK ME...THANK's TO U...hehehehe...jemput datang lagi...

TENGOK APER YG ADER

pernah cek rank blog korang tak??? hehehe...try!

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service