JOMMMM LAYAN IKLAN...

SILA TINGGAL JEJAK ANDA UNTUK KEMBALI DIJEJAK...ehehhe...selamat berkenalan...

Wednesday, May 8, 2013

FAKTA PRU13

MENOLAK AUTA DENGAN FAKTA…

Kecoh sekarang ni ahli parlimen Malaysia ramai yang Bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yg parah.. DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majority dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan.

Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan GERAKAN. Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN, saya bagi contoh:-

Kerusi Parlimen :-
1. Rafizi (PKR) menang vs Gary Lim (BN) - PANDAN
2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang vs S. Murugesan (BN) - KOTA RAJA
3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang vs Tan Kok Eng (BN) - BDR TUN RAZAK
4. Imran Hamid (PKR) menang vs Kong Cho Ha (BN) - LUMUT
5. Dato Arif (DAP) menang vs Hoh Khai Mun (BN) - RAUB
6. Kamarul Bahrin (PKR) menang vs V.S Mogan (BN) TLK KEMAMANG
7. Khairil K. Johari menang vs Teh Leong Meng (BN) BKT BENDERA

Kesimpulannya :
Menang Pakatan Rakyat bermakna 7 Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan 7 ahli parlimen Melayu

Kerusi DUN:-
1. Azman Nasarudin (PKR) menang vs S. Ananthan (BN) – LUNAS, Kedah
2. Dato Anuar Abdullah (PAS) menang vs Tan Ken Ten (BN) – KOTA LAMA, Kelantan
3. Azan Ismail (PKR) menang vs Dato Toh Chin (BN) – BANDAR, Terengganu
4. Tengku Zulpuri (DAP) menang vs Dato Chuah Boon (BN) – MENTAKAB, Pahang
5. Mohd Rashid (PKR) menang vs Wong Mun (BN) - PANTAI JERJAK, Penang
6. Dr Idris (PKR) menang vs K. Parthiban (BN) – IJOK, Selangor
7. Amunul Huda (PAS) menang vs Teo Yew (BN)- PARIT YANI, Johor
8. Abdullah Husin (PAS) menang vs M. Sorianarayan (BN) – PUTERI WANGSA, Johor

Orang bertanya kepada saya bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang. Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA.

Kalau UMNO masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni. Saya nak tanya bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh menang. Melayu UMNO undi siapa? saya senaraikan

1. PARLIMEN Smpg Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN)
2. PARLIMEN Tjng Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN)
3.PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah vs Tsen Tsau (BN)
4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN)
5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)
6. DUN Gambir (M- 56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso (BN)
7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang(BN)
8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN)
9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN)
10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN)
11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN)
12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah vs Kennedy John (BN)
13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN)

Masih percaya dakyah UMNO. UMNO menipu kita selama ni dengan memainkan sentiment perkauman. Sebenarnya yg merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah pemimpin UMNO.

Hentikan main isu perkauman jika anda tak tahu fakta sebenar.

Suhaimi Md Saad (official)
Ketua Penerangan PAS Pahang.


satu jer dlm kepala saya...apa perasaan bangsa cina yg setia menyokong BN? apa perasaan calon2 yg terdiri drpd bangsa cina yg menang bila isu perkauman ini dimainkan oleh pihak BN sendiri? kalo satu masa nanti bangsa cina bergabung bangkit menentang melayu...bkn sbb PAS & PKR bergabung ngan DAP pun...tp sbb sentiment perkauman yg dimainkan oleh pihak BN sendiri...mana tau kan...calon2 bangsa cina dlm BN yg menang rasa dikhianati bergabung dengan calon cina DAP...McA...MIc & GERAKAN membentuk satu pakatan baru menentang bangsa melayu. Agak2 apa maksud sebenar 1 malaysia yg dilaungkan oleh PM kita? xsepatutnya sentiment sensitif ini dimainkan...lgpun... saya rasa ramai diantara kita xtau yg DAP bkn terdiri daripada bangsa cina sahaja kan? hurm...tulah pendapat saya sbg rakyat dan sebagai surirumah jer pun..hehehehehe...tp saya pun rakyat malaysia yg mempunyai hak untuk bersuara kan? kan? kan? hehehehe...saya bknlah ahli politik yg tegar pun...tp saya bkn jgk lalang...

peace no war...tak best la sentiment perkauman ni dimainkan...sbb ramai gak kawan2 ms blaja dulu terdiri dr kawan2 cina dan india...sigh! banyak cara lagi yg boleh dijadikan modal nak raih undi bangsa melayu kita...

No comments:

U FOLLOW ME...Aii FOLLOW U...U KLIK ME...THANK's TO U...hehehehe...jemput datang lagi...

TENGOK APER YG ADER

pernah cek rank blog korang tak??? hehehe...try!

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service